Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM Peranan dan Sunbangan Abdullah Ahmad badawi

Tajuk: Peranan dan sumbangan Abdullah Ahmad Badawi dalam bidang politik pada tahun 1939 hingga tahun 2015
Pengenalan:
Abdullah Ahmad Badawi merupakan perdana meteri yang kelima dan juga dikenali sebagai “Pak Lah”, mengambil alih kepimpinan daripada Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Beliau telah memegang jawatan perdana menteri untuk memimpin negara selama 6 tahun iaitu dari tahun 2003 hingga 2009. Tun Abdullah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pengaman Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dari 1964 hingga 1969. Pada tahun 1969, Tun Abdullah menjadi Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 1971 baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Belia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Beliau merupakan pegawai kerajaan pertama yang dilantik ke jawatan itu. Berita pelantikan beliau telah dimuatkan oleh Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain.
            Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1965. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987, 1990, dan 1996. Beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO sejak 2003 hingga 20085.
Dalam buku, “Abdullah Ahmad Badawi perjalanan politik PM ke-5” yang dikarya oleh Chamil Wariya menyata bahawa penyambut tetamu kementerian berkenaan terus menyambungkan panggilan Chamil Wariya kepada beliau4. Beliau merupakan seorang yang mudah mesra.
Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, pada 1 September 2009 beliau dilantik menjadi Pengurusi Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Latar belakang dan kehidupan:
            Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bapanya Seikh Abdullah Fahim juga merupakan seorang ahli politik yang pernah menjadi ahli Perlimen kawasan Kepala Batas1. Pada tahun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (EXCO Agama). Beliau memegang jawatan itu sehingga kembali ke rahmatullah pada 1977.
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahir dan dibesarkan dalam keluarga ulama tersohor tanah air, terutama di utara Semenanjung. Datuk beliau, Haji Abdullah Fahim atau lebih dikenali sebagai Sheikh Abdullah Fahim dan bapa beliau, Datuk Ahmad Badawi bukan sahaja mahir dalam selok-belok ilmu agama bahkan mereka turut memainkan peranan penting dalam menentang penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu serta menggagalkan pemerintahan Malayan Union yang ingin diperkenalkan oleh London apabila kembali berkuasa selepas Perang Dunia Kedua.
Beliau juga seorang ulama dan ahli politik yang gigih memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau pernah bersama-sama Tunku Abdul Rahman berunding mengenai kemerdekaan negara. Datuk Tun Abdullah pula, Sheikh Abdullah Fahim merupakan seorang ulama yang terkenal. Beliau mendapat pendidikan di Mekah, pernah menjadi guru di sana dan membuka madrasah di Kepala Batas.
Beliau juga pernah menjadi Mufti Pulau Pinang dari 1959 hingga 1961. Beliau merupakan ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai. Beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap yang memberi nasihat hal ehwal agama Islam kepada UMNO. Beliau meninggal pada 1961 ketika berusia 81 tahun. Karangannya yang masyhur ialah Kitab al-Hadiqah an Nadiyah fi al-Hadith an-Nabawiyah.
            Tun Abdullah menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan tinggi Bukit. Mertajam dan di Methodist Boys School, Pulau Pinang7. Selepas menamatkan persekolahan, beliau pernah berkhidmat sebagai guru10. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajar di Universiti Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Pengajian Islam pada 1964.
            Tun Abdullah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pengaman Persekutuan, di Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1964 hingga 1969. Pada tahun 1969, Tun Abdullah menjadi Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan di bawah Majils Gerakan Negara(MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir Negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Pada tahun 1971, Tun Abdullah dinaikan pangkat menjadi Pengarah Belia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga 1973, sebelum menjadi Timbalan Ketua Pengarah dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
            Tun Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun meduda, Tun Abdullah berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah yang melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Sumbangan dan peranan:
            Pada tahun 1978,  beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1978 segabai calon Barisan Nasional dan memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara yang merupakan kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh bapanya. Dengan kemenangan, ini beliau menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas. Jawatan tersebut dipegangnya hingga tahun 2008 kerana memenangi semua pilihan raya parlimen kawasan tersebut.
            Mereka juga turut berperanan dalam menubuhkan UMNO dan menetapkan tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Selain itu, sebagai pejuang dan nasionalis tulen pada waktu itu, Sheikh Abdullah dan Datuk Ahmad Badawi sanggup mengorbankan harta serta wang ringgit bagi membiayai cita-cita nasianal mereka, Selepas perjuangan mereka berhasil, mereka tidak berebut-rebut untuk mendapatkan habuan titik peluh mereka. Mereka kekal dengan kehidupan yang sederhana, meneruskan perjuangan tanpa perlu menonjolkan diri, di samping terus menyebarkan ilmu-ilmu agama kepada anak-anak murid mereka.
            Islam Hadari telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Islam Hadari adalah satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Islam Hadari dapat memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dibina melalui pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Berdasarkan konsep ini, untuk mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan system ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
            Islam hadari adalah satu usaha untuk mengembalikan umat islam kepada asas yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam yang semakin dilupakan. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
            Modal insan merupakan salah satu cara untuk mencapai wawasan 2020 yang akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi ekonomi, politik, social, kerohanian, dan budayaan8. Gagasan tersebut mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat peka dan membuat penilaian sebelum menerima apa-apa sahaja yang dibawa oleh arus globalisasi.
            Oleh yang demikian, program pembangunan Modal Insan telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri pada 2005. Modal insan bermaksud sesuatu yang dugunakan sebagai asas untuk pengembangan dan kelebihan yang dimiliki. Manusia pula boleh memperoleh sesuatu yang dihajati hanyalah melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan.
            Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
            Pembangunan modal insan meletakkan berilmu sebagai ciri utama yang perlu ditekankan dalam melaksana dan meralisasi satu sistem pendidikan yang holistic, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Hal ini selaras dengan agama Islam yang meletakkan ilmu di tempat yang paling tinggi darjatnya dan menuntut manusia supaya menuntut ilmu sebagai bekal kehidupan di dunia dan akhirat .
            Pembangunan modal insan juga untuk melahirkan dan mengeluarkan guna tenaga yang berilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang di samping kemahiran ICT, komunikasi berkesan, kreatif, kritis, rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat.
            Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memfokuskan pembangunan modal insan dengan pelbagai usaha seperti mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar6. KPM telah mengambil pendekatan yang terbaik dengan meneruskan sistem pendidikan di Malaysia yang mempunyai jenis-jenis sekolah lain yang beroperasi seiring dengan sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Rakyat. Pada peringkat menengah, terdapat pelbagai jenis sekolah antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Sukan, Sekolah Teknik, Sekolah Antarabangsa dan sebagainya. Seterusnya, meningkatkan keupayaan dan minat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar serta meningkatkan pendidikan sains dan teknologi.
Beliau membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar untuk membangunkan modal insan. Pelbagai perkara boleh membuktikan usaha beliau, pemantapan Kurikulum dengan pengenalan i-QAF, Sivik dan kewarganegaraan, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial. Pemantapan Program Kokurikulum supaya dapat melahirkan modal insan yang tinggi kemahiran social, interaksi, integrasi sesame mereka, berdisiplin, berkepimpinan, tahap kecerdasan fizikal dan mentel yang tinggi. Pemantapan program sukan dengan memantapkan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Pembudaya abad dan budi bahasa pada peringkat sekolah secara berterusan supaya dapat melahirkan modal insan yang beradab dan berbudi bahasa. Penguguhan program 3K iaitu Program Amalan Kebersihan Sekolah, Program Bersepadu Sekolah Sihat, dan Program Sekolah Selamat di peringkat sekolah dengan menitikberatkan 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Pengukuhan disiplin pelajar bagi memastikan kempen dan program mengurangkan salah laku disiplin dapat dilaksanakan secara berkesan.
Cabaran:
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan pada 17 Mei 1969. Pelantikan Datuk Seri Abdullah yang ketika itu merupakan pegawai muda kerajaan bertindak sebagai Ketua Penolong Setiausaha MAGERAN katanya dianut sendiri oleh Tun Razak. Ketika itu beliau dilihat sebagai kesempatan untuk memberi latihan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai muda yang berpotensi cara bagaimana para pemimpin utama negara merumuskan dasar dan menangani krisis2.
Datuk Seri Abdullah berkhidmat dengan MAGERAN sehinggalah Majils itu dibubarkan apabila pemerintahan darurat dimansuhkan pada 23 Februari 1971. Dengan itu, Malaysia kembali kepada pemerintahan demokrasi berparlimen. Parlimen dan parti-parti politik yang digantung sepanjang pemerintahan darurat, dikembalikan peranannya mulai tarikh yang sama. Selama 21 bulan berkhidmat dengan MAGERAN, Datuk Seri Abdullah menyaksikan bukan sahaja penubuhan Majlis Muhibah Negara, bahkan pada Oktober 1969, Pengarah Operasi MAGERAN mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Negara yang terdiri daripada para wakil pelbagai kumpulan seperti ekonomi, politik, profesional, agama dan lain-lain.
            Majlis Perundingan ditubuhkan sebagai menggantikan peranan Parlimen untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan perpaduan nasional secara berterus terang. Dengan cara itu, diharapkan satu persefahaman dan persetujuan dicapai tentang isu-isu nasional untuk menjamin masa depan keselamatan, perdamaian dan perpaduan kaum.
            MAGERAN juga menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang kemudian merumuskan Rukun Negara yang berpaksikan kepada lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Rukun Negara menjadi pegangan dan panduan dalam tindak tanduk rakyat Negara ini bagi memelihara keamanan dan ketenteraman. MAGERAN juga mengambil langkah-langkah untuk mengharamkan perbahasan tentang peruntukan-peruntukan tertentu Perlembagaan Persekutuan yang dianggap sensitif. Ini membabitkan soal kewarganegaraan, hak-hak dan prerogative Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa tunggal rasmi Negara dan kewajipan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu.
            Namun, daripada kawan-kawan lain Abdullah, Kaharudin mendapatkan kesan bahawa Abdullah adalah seorang pegawai yang tekun dan gigih serta bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerjanya. Ini termasuklah menyediakan pelbagai kertas mesyuarat MAGERAN. Ada kalanya menurut Kaharudin, Abdullah bekerja hingga pukul dua tiga pagi. Hal ini kerana semasa ketiadaan kerajaan, MAGERAN adalah wadah untuk membincangkan dasar-dasar penting Negara. Malah rukun negara yang mengandungi lima rukun yang patut menjadi pegangan setiap rakyat Negara ini dicetuskan oleh kalangan yang menganggotai MAGERAN. Dasar itu mempunyai matlamat serampang dua mata. Pertama, untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua, untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi seperti yang terbayang sebelum tahun 1969 dilenyapkan.
            Selain itu, menurut Kaharudin, perkhidmatan dengan MAGERAN telah mendedahkan Abdullah dengan pengurusan krisis politik pada peringkat tertinggi. Pendedahan itu dipercayai membantu mengukuhkan kepercayaan Abdullah terhadap beberapa aspek penting pentadbiran negara yang memang sudah difahaminya.
            Ini termasuklah pentingnya perpaduan Negara dan kestabilan politik dipertahankan sekiranya Malaysia tidak mahu melalui krisis yang boleh membawa Negara kepada kehancuran. Prasyarat kepada kestabilan politik ini ialah perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira warna kulit, agama, kebudayaan dan kepercayaan. Melalui tragedi 13 Mei juga, Abdullah dapat melihat bahawa kerjasama antara Melayu dengan bukan Melayu adalah tunggak penting yang perlu dipelihara dalam mengekalkan kestabilan politik. Bagi beliau, persetujuan-persetujuan asas yang telah disepakati ketika Negara mencapai kemerdekaan perlu dihormati dan setiap kaum harus menghormati antara satu sama lain9.
Setelah Tun Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, lonjakan pangkat Abdullah sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Majils Gerakan Negara atau MAGERAN di Jabatan Perdana Menteri, dilihat telah memberi pendedahan awal yang berguna kepada beliau dalam memahami pengurusan krisis politik pada peringkat  dua terkanan dengan MAGERAN dipercayai turut memantapkan dan mematangkan beliau sebagai seorang pemimpin politik. Pengalaman itu, menutut seorang sahabat beliau zaman GPMS, Datuk Kaharudin Momin, telah memberi kekuatan dalaman kepada Abdullah untuk mengharungi pahit getir dan ranjau perjalanan politik beliau apabila menjadi Perdana Menteri.
            Selepas pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditamatkan dan Malaysia kembali kepada pemerintahan demokrasi berparlimen pada Februari 1971. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Di situ beliau dilantik menjadi Pengarah Balia iaitu merupakan satu jawatan baru yang diwujudkan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Kini, jawatan itu dikenali sebagai Ketua Pengarah Belia. Perlantikan beliau di kementerian itu pada usia 32 tahun bukan dilakukan tanpa sebab. Hal ini kerana generasi muda atau lebih dikenali sebagai belia, yang ditakrifkan sebagai mereka yang berusia di bawah 40 tahun, adalah 40 peratus penduduk negara. Bilangan mereka bertambah setiap tahun.
            Lantaran itu, perhatian perlu diberikan terhadap pembangunan generasi muda. Mereka tidak boleh dibiarkan hanyut dalam arus pembangunan perdana atau terumbang-ambing tanpa haluan. Sebagai generasi yang akan mewarisi perjuangan negara, mereka hendaklah dipupuk dengan aspirasi nasional. Tugas ini bukannya mudah kerana belia ketika itu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Di kampus ketika itu, sebilangan mahasiswa muncul sebagai generasi yang memberontak dan menentang keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan kepimpinan negara. Ini menyebabkan “politik kepartian” mula bertapak di Universiti Malaya. Di luar menara gading pula, generasi muda membawa haluan masing-masing dan kegiatan banyak ditumpukan terhadap aktiviti social. Dalam konteks itulah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Pengarah Belia dan sebagai bekas pemimpin pelajar, beliau difikirkan layak oleh kepimpinan negara pada waktu itu untuk menjadi jambatan bagi menghubungkan kerajaan dengan generasi muda untuk menyalurkan pandangan dan aspirasi generasi muda.
            Sewaktu Datuk Seri Abdullah meninggalkan Universiti Malaya selepas menamatkan pengajian Islam pada tahun 1964, kegiatan mahasiswa masih boleh dianggap “jinak”. Walaupun ada kalanya terdapat penentangan antara persatuan-persatuan mahasiswa dengan pihak berkuasa universiti, tetapi ini tidaklah berakhir dengan tunjuk perasaan yang ganas. Perjuangan mahasiswa ketika waktu itu masih berkisar pada soal-soal memperbaiki kebajikan pelajar. Meskipun ada yang membangkitkan isu-isu nasional, tetapi ini dilakukan dengan tertib dan sopan. Namun, mulai tahun 1966, berlaku perubahan yang dianggap oleh Muhammad Abu Bakar sebagai peralihan dalam perjuangan mahasiswa kampus. Gerakan mahasiswa ketika itu bertukar wajah. Muhammad yang juga bekas pemimpin pelajar melabelkan era akhir 1960-an itu sebagai zaman “mahasiswa menggugat” seperti yang beliau gambarkan dalam buku dengan jadual yang sama.
            Para mahasiswa adalah istilah yang digunakan untuk mereka yang masuk ke universiti selepas tingkatan enam manakala mahasitua adalah istilah yang digunakan untuk kalangan yang sudah mempunyai pengalaman kerja memasuki university untuk melanjutkan pelajaran3. Kebanyakan mereka adalah guru dan kewajiban mereka sewaktu berada di menara gading bukanlah sekadar untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memperjuangkan ketidakadilan dalam masyarakat, mendedahkan dan membongkar pelbagai bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh golongan yang berkedudukan. Mereka juga mahu menjadi juara dan pembela golongan yang tertindas, terabai dan terpinggir, Pengaruh politik haluan kiri atau sosialisme yang menjadi ikutan sebilangan pemimpin mahasiswa ketika itu juga memainkan peranannya. Oleh sebab tidak ada larangan untuk menyertai mana-mana parti politik di Universiti Malaya, ada antara mahasiswa yang secara terbuka terlibat dalam kegiatan yang tidak sehaluan dengan parti kerajaan.
            Dalam Usaha untuk merapatkan jurang antara generasi muda dengan kerajaan ini, melalui usaha Datuk Seri Abdullah, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN). Mantan Ketua Pengarah Belia, Datuk Mohd Sopian Abdul Rahim, yang sewaktu itu bertugas sebagai salah seorang Penolong Pengarah Belia mengakui bahawa MPBN adalah gagasan yang diusahakan oleh Datuk Seri Abdullah. Bagi beliau, badan itu bolehlah dipanggil sebagai Parlimen Belia. Hal ini kerana semua pemimpin belia termasuk yang mempunyai kedudukan dalam MBM diwakili dalam Majlis Perundingan Belia Negara itu.
Menurut Datuk Sopian, apa yang menarik ialah apa juga program belia yang hendak diperkenalkan oleh kerajaan akan dibawa ke pengetahuan Majlis itu. Di situlah program-program dibahaskan secara teliti sebelum dilaksanakan oleh kerajaan. Setiap ahli MPBN diberi kebebasan untuk bercakap. Tidak ada sekatan dikenakan kerana menurut Datuk Sopian, berguna untuk menggubal dasar-dasar yang baik. Ini merupakan suatu perkara yang tidak dibuat sebelum ini.
            Dengan cara itu, tuntutan pemimpin belia supaya mereka diberi ruang untuk menggubal dasar-dasar belia menjadi kenyataan. Bertentangan dengan sangkaan sesetengah pihak, kerajaan pada waktu itu, khususnya Datuk Seri Abdullah sendiri memandang positif keresahan dan keagresifan sesetengah pemimpin belia. Asalkan ini dilakukan secara tertib dan sopan, Datuk Seri Abdullah tidak akan memandang seorong pemimpin belia berkenaan, kata Datuk Sopian. Menurut beliau lagi, sebagai bekas pemimpin pelajar, Datuk Seri Abdullah tahu kedapatan sesetengah pemimpin beliau adalah idealistik.
Kesimpulan:
            Perkhidmatan Abdullah sebagai Ketua Penolong Setiausaha MAGERAN adalah tidak lama, Cuma kira-kira 21 bulan. Namun, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Jawhar Hassan percaya ini merupakan satu pengalaman dan pendedahan berguna yang telah memantapkan kepimpinan dan pemahaman politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di MAGERAN, beliau banyak belajar selok-belok mengurus krisis politik pada peringkat tertinggi daripada pemimpin-pemimpin utama Negara. Ini merupakan satu pengalaman yang diakui amat berguna untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri yang baik dan berkesan. Biasanya apabila rakyat Malaysia ditanya apakah mereka yakin dengan Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, ke semua responden yang ditemu rumah untuk buku ini memberikan jawapan yang positif. Malah mereka sekata bahawa Datuk Seri Abdullah akan muncul sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dengan gayanya yang tersendiri. Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Jawhar Hassan barangkali mewakili banyak pandangan apabila beliau berkata,”di tangan Datuk Seri Abdullah, kita berada pada genggaman yang selamat.”Presiden Kelab Belia Bell Tamil Malaysia, RRM Krishnan pula berkata,”Saya percaya setelah duduk di kerusi Perdana Menteri, beliau boleh melakukan tugas dia.







Nota akhir:
Sumber primer
Surat Khabar:
“Berita Harian”, 2,607 aduan diterima , Mei 14, 2008
Sumber sekunder:
Buku dari perpustakaan negara:
1Roslan Abdul Hamid. Abjad Kemuliaan 100 Hari Pertama: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. (Kuala Lumpur: Indah Abjad, 2004), muka surat 4
2Maruwiah Ahmat. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. (Kuala Lumpur: Eagle Publication SDN BHD. 2010), muka surat 87
3Chamil Wariya. Potret Peribadi Abdullah Ahmad Badawi. (Kuala Lumpur: Media Gobal Matrix Sendirian Berhad. 2006), muka surat 1
4Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi perjalanan politik PM ke-5. (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors SDN BHD. 2004), muka surat 79
5Paridah Abd Samad. Abdullah Ahmad Badawi a new breeze in Malaysia politics. (Kuala Lumpur: Pan Asia Publication SDN BHD. 2008), muka surat 2
6Mokhtar Petah. Abdullah Badawi Penjana Modal Insan. (Kuala Lumpur. Raspintar SDN BHD 2006), 103
Laman web:
7“Tun Abdullah Ahmad Badawi”. Perdana Menteri Malaysia. April 3, 2009, http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.my
8Syed Muhamad Dawilah Al-EdrusTun Abdullah Haji Ahmad Badawi: Bapa
Pembangunan  Modal Insan.” Perdana Leadership Foundation. Jun 3, 2010. http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdullah-ahmad-badawi/biography-tun-abdullah-amad-badawi               
9Lim Mun Fah, “Mahathir and Pak Lah blog.” Weehingthong. September 18, 2014.blog
weehingthong.wordpress.com
10Nora Mahpar, “Tun Abdullah Badawi dilantik semula pengerusi IKIM.” BH ONLINE. September 4 ,2015.http://www.bhplus.com.my/node/79370










Bibliografi:
Sumber primer:
Surat khabar :
“Berita Harian”, 2,607 aduan diterima , Mei 14, 2008
Sumber sekunder:
Buku dari perpustakaan negara
Roslan Abdul Hamid. Abjad Kemuliaan 100 Hari Pertama: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kuala Lumpur: Indah Abjad, 2004,
Maruwiah Ahmat. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Eagle Publication Sdn Bhd.  
2010
Chamil Wariya, Potret Peribadi Abdullah Ahmad Badawi. Kuala Lumpur: Media Global Matrix
Sendirian Berhad. 2006
Chamil Wariya. Abdullah Ahmad Badawi perjalanan politik PM ke-5. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors SDN BHD. 2004
Paridah Abd Samad. Abdullah Ahmad Badawi a new breeze in Malaysia politics. Kuala Lumpur
Pan Asia Publication SDN BHD. 2008
Mokhtar Petah. Abdullah Badawi Penjana Modal Insan. Kuala Lumpur. Raspintar SDN BHD.
2006
Laman web:
“Tun Abdullah Ahmad Badawi.” Perdana Menteri Malaysia. April 3, 2009,
http://perdana-menteri-malaysia.blogspot.my
Syed Muhamad Dawilah Al-EdrusTun Abdullah Haji Ahmad Badawi: Bapa
Pembangunan  Modal Insan.”  Perdana Leadership Foundation .Jun 3, 2010, http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdullah-ahmad-badawi/biography-tun-abdullah-amad-badawi               
Lim Mun Fah, “Mahathir and Pak Lah blog.” Weehingthong. September 18, 2014.blog
https://weehingthong.org/?s=badawi
Nora Mahpar, “Tun Abdullah Badawi dilantik semula pengerusi IKIM.” BH ONLINE .September
4 ,2015.http://www.bhplus.com.my/node/79370


Comments

Popular Posts