Contoh Kerja Kursus Ekonomi STPM




Kerja Kursus: Pengajian Ekonomi













Penghargaan:
            Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah khasnya Pengetua .... yang merupakan pengetua cemerlang Sekolah ... kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.
            Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ... yang merupakan guru mata pelajaran Ekonomi saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
            Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu ... yang telah banyak berkorban dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar.
            Di sini saya ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Ekonomi ini semasa saya menghadapi masalah.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.



Abstrak
            Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti .... Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015. Objektif kedua kajian ini adalah untuk membandingkan tingkat upah purata mengikut jantina dari tahun 2011 hingga 2015. Kaedah kajian yang telah digunakan untuk memperoleh data bagi kajian ini adalah data sekunder seperti mencari maklumat dari laman web Jabatan Perangkaan Malaysia dan buku teks Ekonomi penggal 3. Pengkaji juga memperoleh data dan maklumat daripada laporan Ekonomi Malaysia serta penganalisis data telah dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan arah aliran yang meningkat bagi tingkat upah purata mengikut lelaki dan perempuan dari tahun 2011 hingga 2015. Tingkat upah purata lelaki pada tahun 2011 ialah  RM 1842 dan meningkat kepada RM 2345 pada tahun 2015. Tingkat upah purata perempuan pada tahun 2011 mencatat RM 1751 meningkat kepada RM 2254 pada tahun 2015. Hasil kajian bagi objektif kedua ialah bandingan tingkat upah purata antara lelaki dengan perempuan pada tahun 2011 ialah RM 91 dan RM 91 pada 2015, perbezaan antara tingkat upah purata mengikut jantina pada tahun 2011 and 2015 adalah sama. Perbezaan tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015 yang paling besar adalah pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM107. Oleh itu, kesatuan sekerja wanita perlu menyebarkan maklumat kepada golongan wanita tentang jabatan yang hendak menghubungi apabila menghadapi masalah diskriminasi majikan. Kesatuan sekerja wanita boleh mengadakan lebih banyak kempen seperti ceramah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hak asasi wanita







Isi Kandungan

Bil       Tajuk                                                                                                                    Muka Surat
1          Penghargaan                                                                                                         2
2          Abstrak                                                                                                                3
3          Isi kandungan                                                                                                      4
4          1.0 Latar belakang kajian                                                                                    5
5          2.0 Penyata masalah                                                                                            6
6          3.0 Objektif kajian                                                                                               7
7          4.0 Kaedah kajian                                                                                                8-9
8          5.0 Hasil kajian                                                                                                    10-20
9          6.0 Cadangan                                                                                                        21
10        7.0 Rumusan                                                                                                         22
11        8.0 Rujukan                                                                                                         23-24                 
             








1.0 Latar belakang
            Upah merupakan ganjaran yang diberi oleh firma kepada modal insan atas sumbangan tenaga mental atau fizikal dalam proses pengluaran. Upah yang diterima oleh modal insan dalam pelbagai sektor adalah berbeza disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu keanjalan penawaran dan keanjalan permintaan harga, pendidikan dan kemahiran, pengaruh kesatuan sekerja dan daya pengeluaran sut.
            Upah benar merupakan kuasa beli atau keupayaan upah wang untuk memperoleh barang atau perkhidmatan. Upah bukan wang merujuk bayaran kepada buruh dalam bentuk barang atau perkhidmatan. Upah bukan wang merupakan sebahagian daripada upah yang diterima oleh buruh. Contohnya, kemudahan perumahan, rawatan perubatan percuma, serta kadar bunga pinjaman perumahan yang rendah.
            Pengusaha sebagai pihak pembayar upah. Upah merupakan penghasilan yang akan digunakan untuk memenuhi perbelanjaan harian. Upah juga digunakan sebagai alat memotivasikan pekerja untuk bersemangat dalam bekerja. Semakin tinggi jumlah upah yang diterima oleh seorang pekerja, semakin tinggi kedudukannya dalam masyarakat.
            Perbezaan upah berlaku adalah disebabkan oleh tingkat pendidikan kerana tingkat pendidikan akan mempengaruhi produktiviti seseorang modal insan. Jika berlaku keadaan produktivi antara lelaki dengan perempuan adalah sama tetapi upah yang diterima oleh lelaki adalah lebih daripada perempuan, ini dikenali sebagai diskriminasi majikan.
            Menurut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 yang diumumkan pada 27 November 2014 oleh Anisah Shukry. Pada tahun 2011, kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina di Malaysia menunjukkan 78.9% lelaki mempunyai pekerjaan dan hanya 47.9% perempuan yang mempunyai pekerjaan. Kadar penyertaan tenaga buruh yang rendah juga bermakna daripada 9,555,700 wanita dalam kumpulan umur bekerja pada 2011, hanya 4,575,300 wanita berada dalam golongan guna tenaga.  Keadaan ini mungkin disebabkan oleh diskriminasi majikan kerana permintaan majikan terhadap tenaga buruh adalah rendah.
            Berdasarkan tingkat upah purata yang diterima mengikut jantina dari tahun 2011 hingga 2015 menunjukkan tingkat upah purata lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan dalam semua tahun tersebut.
2.0 Penyataan masalah
Jantina merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi upah yang diterima oleh modal insan. Dalam konteks jantina, diskriminasi majikan berlaku apabila pekerja lelaki diberi tingkat upah yang lebih tinggi daripada pekerja perempuan, walaupun mereka mempunyai produktiviti yang sama. Situasi yang sering berlaku ialah pekerja lelaki selalu dibayar upah yang lebih tinggi.
Menurut teori modal manusia sekiranya individu mempunyai tingkat pendidikan yang sama, maka tingkat produktiviti mereka adalah sama dan sebarang perbezaan upah yang wujud dalam kalangan mereka dirujuk sebagai diskriminasi majikan.
Walaupun peningkatan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah turut membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi tetapi kebiasaanya pekerja wanita dibayar upah yang lebih rendah daripada pekerja lelaki yang boleh dikaitkan dengan amalan diskriminasi majikan. Keadaan tersebut boleh menyebabkan kesan negatif berlaku dalam pasaran buruh kerana diskriminasi majikan boleh membawa kepada ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja wanita dan selanjutnya menyebabkan mereka tidak menyumbang kemahiran yang ada secara optimum.
Banyak kajian mendapati bahawa pekerja lelaki dibayar upah yang lebih tinggi daripada pekerja wanita, walaupun mereka memiliki tahap pendidikan dan kemahiran yang sama. Pengkaji mendapat maklumat tentang faktor wujud keadaan diskriminasi majikan. Hal ini demikian kerana majikan menganggap wanita sebagai kurang produktif dan menimbulkan banyak masalah kepada institusi tempat bekerja kerana kerap bercuti seperti cuti bersalin serta kurang keupayaan menjadi pemimpin.





3.0 Objektif kajian
Pengkaji menetapkan beberapa objektif supaya lebih mudah mengumpul data semasa membuat penyelidikan. Obejektif yang ditetapkan adalah berkaitan degan tajuk saya iaitu tingkat upah mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015.
3.1 Mengenalpasti arah aliran tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015
           
3.2 Membandingkan tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015















4.0 Kaedah kajian:
Data sekunder telah digunakan dalam kajian ini untuk memperoleh data.
4.1 Kaedah Memperoleh Data
4.1.1 Data Sekunder
Definisi data sekunder ialah mengumpul maklumat daripada sumber bacaan pihak lain. Selain itu, data sekunder juga boleh disebut sebagai data tangan kedua. Sumber data sekunder diperoleh daripada laman web untuk memperoleh data perbandingan tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015.
4.1.2 Rujukan bahan bacaan
Sumber data sekunder juga diperoleh daripada buku teks Ekonomi Penggal 3 untuk mendapatkan maklumat yang terlibat dalam kajian tersebut. Definisi tentang upah dan pengganguran juga dapat dari bahan bacaan tersebut.
4.1.3 Sumber Internet
            Internet membolehkan pengkaji memperoleh maklumat dengan lebih cepat dan mudah. Pengkaji mencari maklumat tentang sebab diskriminasi majikan dan sebab gaji tenaga buruh meningkat mengikut jantina serta rancangan yang haruslah dilaksanakan oleh pihak kuasa untuk menyelesaikan diskriminasi majikan. Kaedah ini dapat menjimatkan masa pengkaji tetapi maklumatnya tidak semestinya benar. Oleh itu, pengkaji haruslah berhati-hati dengan memilih maklumat yang boleh dipercayai. Pengkaji mencari maklumat daripada Laman web seperti www.yumpu.com, http://www.bnm.gov.my dan http://www.ukm.my .
           
4.1.4 Laporan agensi kerajaan dan swata
            Kaedah yang dilakukan adalah merujuk maklumat daripada laporan pihak kerajaan dan swata untuk mendapatkan data mengenai tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015. Pengkaji merujuk kepada Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah Malaysia 2012, Laporan perkembangan Ekonomi Pada Tahun 2014 dan Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015.
4.2 Penganalisisan data
            Kaedah deskriptif terdahap graf untuk melakukan penganalisisan data daripada sumber yang didapati. Pengkaji melaksanakan analisis data selepas memperoleh data sekunder daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015. Data tersebut akan digunakan untuk menghasilkan jadual dan graf serta menulis sesuatu analisis data yang jelas.

4.2.1 Pengiraan peratus
Penghitungan peratus perubahan tingkat upah mengikut jantina berdasarkan rumus di bawah
       
Kadar pertumbuhan tingkat upah=
            4.4.1 Kaedah jadual
            Kaedah ini digunakan agar maklumat dapat disusun dengan kemas. Data-data yang dikumpulkan telah dijadualkan bagi memudahkan penterjemahan dalam bentuk graf
            4.2.2 Kaedah graf
            Graf terdiri daripada beberapa garis dan titik untuk memaparkan saling hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah. Hal ini kerana untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang boleh memudahkan pentafsiran maklumat yang telah dijadualkan.
                       
                           




5.0 Hasil Kajian
5.1 Mengenal pasti arah aliran tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015   
Jadual 1 dibawah menunjukan tingkat upah purata lelaki di Malaysia mengikut jantina dari tahun 2011 hingga 2015 

Tingkat upah purata lelaki
Perubahan  tingkat upah purata lelaki
Peratus perubahan  tingkat upah purata lelaki
Tahun
(RM)
(RM)
%
2011
1842
-
-
2012
1933
91
4.94
2013
2048
115
5.95
2014
2232
184
8.98
2015
2345
113
5.06
Jadual 1 Tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia pada 2011-2015
Rajah 1: Tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia pada tahun 2011-2015
Berdasarkan jadual 1 dan graf 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015.
Berdasarkan jadual 1 di atas, didapati bahawa tingkat upah purata mengikut jantina lelaki di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015 adalah meningkat secara berterusan.
Pada tahun 2011, tingkat upah purata mengikut jantina lelaki di Malaysia adalah RM 1842 dan meningkat secara berterusan sebanyak RM 503 bersamaan 27.31% menjadi RM 2345 pada tahun 2015.
            Seterusnya, pada tahun 2012, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM91 bersamaan 4.94% menjadi RM 1933. Tingkat upah purata mengikut lelaki pada tahun 2012 mempunyai kadar pertumbuhan yang paling rendah.  Menurut laman web www.xpresi.org, program latihan yang dianjurkan oleh petronas 2012 hanya ditawarkan kepada golongan lelaki lepasan SPM dan berlatih di Pusat Latihan Petroleum. Program kamahiran ini yang ditawarkan adalah sepenuh masa dalam tempoh 2 tahun. Selepas program tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan lelaki yang telah dilatih. Dengan adanya kemahiran tersebut, syarikat ini menawarkan tingkat upah yang lebih tinggi kepada tenaga buruh tersebut.
            Pada tahun 2013, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM 155 bersamaan 5.95% menjadi RM 2048. Menurut laman web Jawatan Kosong Malaysia pada 19 Oktober 2013 menunjukkan tingkat upah purata meningkat mungkin disebabkan oleh Polis Diraja Malaysia melaksanakan aktiviti pengambilan inspektor di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula dari 16 Oktober 2013 hingga 30 Oktober 2013. Pelbagai faedah seperti elaun penugasan sebanyak RM7.80 sejam, aktiviti tersebut dapat meningkatkan peluang pekerjaan Malaysia dan meyumbangkan kepada tingkat upah purata terutamanya golongan lelaki kerana kebanyakan polis adalah lelaki.
            Selain itu, pada tahun 2014, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM 184 bersamaan 8.98% menjadi RM 2232. Tingkat upah purata mengikut lelaki pada tahun 2014 mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi kerana KDNK Malaysia mempunyai kadar peningkatan yang tinggi. Menurut Laporan Tahunan 2014 menyata bahawa keadaan ekonomi menambah baik pada tahun 2014. Pengkaji membandingkan imbangan pembayaran dari tahun 2012 hingga 2015, imbangan barangan pada tahun 2013 didapati RM108.2 billion meningkat sebanyak RM15.62 menjadi RM125.1 pada tahun 2014. Hal ini kerana dari tahun 2012 hingga 2015, Malaysia mempunyai eksport yang paling tinggi pada  tahun 2014 mencatat sebanyak RM726 billion kerana berlaku peningkatan permintaan dalam pasaran antarabangsa terhadap produk elektronik dan elektrik. Oleh kerana dalam jumlah bilangan tenaga buruh, kebanyakan tenaga buruh adalah lelaki. Ini akan menyebabkan peningkatan tingkat upah purata lelaki adalah lebih daripada perempuan kerana lebih banyak tenaga buruh lelaki menikmati peningkatan upah.
            Pada tahun 2015, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM 113 bersamaan 5.06% menjadi RM 2345. Menurut Laman web Sinar pada 10 Mac 2015 menyata bahawa kawal lambakan pekerja asing di Malaysia. Oleh kerana, negara kita melakukan “cut cost” dan peranan tenaga buruh asing dalam pekerjaan akan digantikan dengan mesin yang bertahap teknologi tinggi yang diimport dari Korea, Jepun dan China. Oleh itu, negara kita boleh mengamalkan teknologi pasang siap yang mampu disiapkan dengan pantas tanpa perlu menggunakan tenaga buruh yang terlalu ramai terutamanya tenaga buruh asing. Dengan usaha tersebut, negara kita dapat mengurangkan kegunaan tenaga buruh asing. Teknologi yang canggih digunakan oleh negara kita dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan yang boleh mengurangkan kos pengeluaran dan jumlah keluaran meningkat. Manakala, Apabila kecekapan sesebuah majikan meningkat, tingkat upah purata tenaga buruh majikan itu juga akan meningkat dan kebanyakan tenaga buruh yang menikmati peningkatan tingkat upah purata adalah lelaki kerana kebanyakan tenaga buruh sektor pembinaan adalah lelaki.
                                                                                     








5.1 Arah aliran tingkat upah purata mengikut perempuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015

Tingkat upah purata perempuan
Perubahan tingkat   upah purata perempuan
Peratus perubahan  tingkat upah purata perempuan
Tahun
(RM)
(RM)
%
2011
1751
-
-
2012
1857
106
6.05
2013
1977
120
6.46
2014
2125
148
7.49
2015
2254
129
6.07

Jadual 2: Tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia pada tahun 2011 -2015

Rajah 2: Tingkat upah purata mengikut perempuan di Malaysia pada tahun 2011-2015
Berdasarkan jadual 2 dan graf 2 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan tingkat upah  purata mengikut perempuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015
Berdasarkan jadual 2 di atas, didapati bahawa purata tingkat upah mengikut perempuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015 juga adalah meningkat secara berterusan.
            Pada tahun 2011, purata tingkat upah mengikut perempuan di Malaysia adalah RM1751 dan meningkat secara berterusan sebanyak RM503 bersamaan 28.73% menjadi RM2254 pada tahun 2015.
            Selain itu, pada tahun 2012, tingkat upah purata mengikut perempuan di Malaysia meningkat sebanyak RM106 bersamaan 6.05% menjadi RM1857. Tingkat upah purata mengikut perempuan di Malaysia pada tahun 2012 mempunyai kadar pertumbuhan yang paling rendah. Menurut laman web https://wirdaselangor pada 12 Jan 2012 menyata bahawa Wirda Selangor dan Kuala Lumpur, Association of Women Initiative For Research, Development and Advancement (WIRDA) telah bekerjasama dengan Memorandum Of Understanding (MOU) untuk memberikan pendedahan dan peluang kerjaya kepada ibu-ibu yang berteduh di Rumah WIRDA. Ibu-ibu yang terlibat dalam kursus tersebut akan menjalani kursus kemahiran pengasuhan anak-anak selama 3 bulan dan diberikan latihan “hands on”. Program ini memberi peluang kepada para ibu untuk bekerja di Bonda Mama atau membuka nurseri sendiri untuk menanggung perbelanjaan seharian dan secara tidak langsung meningkatkan tingkat upah purata perempuan di Malaysia.
            Seterusnya, pada tahun 2013, tingkat upah purata mengikut perempuan di Malaysia meningkat sebanyak RM120 bersamaan 6.46% menjadi RM1977. Menurut laporan hak asasi manusia Malaysia 2013 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, faktor peningkatan tingkat upah purata perempuan pada tahun 2013 ialah pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk berlaku adil kepada wanita dalam pendidikan. Kementerian Pembangunan Wanita menganjurkan ke program dan bengkel untuk menggalakkan kaum wanita menyertai komuniti perniagaan dan menjalankan perniagaan kecil dan sederhana. Sebagai contoh, pada tahun akademik 2012 Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan kira-kira 70 peratus enrolmen wanita pada tahun akademik 2012. Pekerja perempuan mendapat tahap pendidikan yang tinggi akan menikmati pendapatan yang tinggi dan menyumbang kepada peningkatan tingkat upah purata pada tahun 2013. Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat menubuhkan Daftar pengarah Wanita, yang mengumpul data tentang wanita-wanita yang layak di pasaran buruh. Kementerian juga melaksanakan program latihan yang termasuk kejurulatihan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan insaniah kepada kaum perempuan. Apabila perempuan yang terlibat dalam pendidikan bertahap tinggi meningkat, upah juga akan meningkat kerana produktiviti yang tinggi.
Menurut laman web usahawan.com yang menjelaskan keadaan diskriminasi majikan pada tahun 2013. Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ketika merasmikan Hari Wanita 2013 Peringkat Kebangsaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Ogos 2013 yang lalu, telah memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia akan terus memberi peluang kepada kaum wanita agar peranan golongan wanita dalam pembangunan negara dapat dipertingkatkan. Beliau juga menegaskan bahawa kaum wanita merupakan kumpulan masyarakat yang sangat penting dalam proses pembangunan dan transformasi Malaysia ke arah status negara maju dan besar peranannya dalam menjayakan agenda tranformasi negara. Pihak majikan di negara ini sama ada dalam sektor awam atau swasta, dinasihatkan agar lebih sensitif dan mengambil kira keperluan wanita yang terpaksa melakukan pelbagai tugas di tempat kerja dan seterusnya meneruskan tugas sebagai seorang isteri dan ibu pula di rumah. Majikan perlu mempertimbangkan inisiatif-inisiatif lain seperti waktu kerja anjal dan kelonggaran untuk bekerja dari rumah agar dapat menggalakkan wanita untuk kembali ke alam pekerjaan. Usaha kerajaan tersebut dapat memperbaiki keadaan diskriminasi majikan. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk perempuan akan meningkatkan tingkat upah purata perempuan.
            Pada tahun 2014, tingkat upah purata mengikut perempuan di Malaysia meningkat sebanyak RM148 bersamaan 7.49% menjadi RM 2125. Purata tingkat upah mengikut perempuan di Malaysia pada tahun 2014 mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi. Menurut Laporan Tahunan 2014 menerangkan perkembangan ekonomi pada tahun 2014. Pada tahun 2014, pasaran tenaga buruh kekal stabil, apabila berlaku pertumbuhan yang berterusan di semua sektor ekonomi akan mengekalkan permintaan majikan terhadap pekerja. Kadar pengangguran pada tahun 2012 didapati 3.1% menurun menjadi 2.9% pada tahun 2013, manakala kadar penyertaan tenaga kerja pada tahun 2013 mencatat sebanyak 67.0% meningkat sebanyak 0.5% menjadi 67.5% pada tahun 2014. Kadar penyertaan tenaga kerja meningkat kerana disokong oleh penyertaan tenaga buruh perempuan yang lebih tinggi. Pemberhentian pekerja seperti yang dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia juga didapati lebih rendah iaitu pada tahun 2013 seramai 11,195 pekerja menurun seramai 764 pekerja menjadi seramai 10,431 pekerja pada tahun 2014.
            Pada tahun 2015, purata tingkat upah mengikut perempuan di Malaysia meningkat sebanyak RM129 bersamaan 6.07% menjadi RM 2254. Menurut laporan penyiasatan tenaga buruh Malaysia 2015 yang diumumkan pada 29 April 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berlaku peningkatan pekerja perempuan pada tahun 2015 berbanding dengan tahun 2014. Pada tahun 2014 pekerja perempuan sebanyak  53.7% dan meningkat kepada 54.1% pada tahun 2015. Peningkatan pekerja perempuan akan menyumbang kepada peningkatan purata tingkat upah perempuan.

















5.2 Bandingan tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015

Tingkat upah purata  Perempuan
Tingkat upah purata Lelaki
Perbezaan tingkat upah purata mengikut jantina
Tahun
(RM)
(RM)
(RM)
2011
1751
1842
91
2012
1857
1933
76
2013
1977
2048
71
2014
2125
2232
107
2015
2254
2345
91

Jadual 3: Tingkat upah purata mengukit jantina di Malaysia dari tahun 2011-2015
Rajah 3: Tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia pada tahun 2011-2015
Berdasarkan Jadual 3 dan Graf 3 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015      

Semua data di atas menunjukkan tingkat upah purata lelaki melebihi perempuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015.
            Pada tahun 2011, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia adalah RM 1842 manakala tingkat upah purata perempuan adalah RM 1751. Tingkat upah purata lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan di Malaysia sebanyak RM 91.
Pada tahun 2012, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM91 bersamaan 4.94 % menjadi RM1933 dan tingkat upah purata perempuan adalah RM 1857. Tingkat upah purata lelaki melebihi perempuan adalah sebanyak RM 76. Menurut laporan penyiasatan gaji dan upah Malaysia 2012 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Hal ini kerana bilangan lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan dalam bidang pengurus, profesional, juruteknik dan profesional bersekutu, pekerja sokongan perkeranian, pekerja perkhidmatan dan jualan, pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan, pekerja kemahiran, pekerja pertukangan yang berkaitan, operator loji dan mesin serta pemasang. Sebagai contoh, bilangan pekerja lelaki dalam bidang pengurusan adalah seramai 214,200 orang dan pekerja perempuan hanya seramai 87,800 orang. Ini menyebabkan ketidakseimbangan upah antara jantina iaitu purata tingkat upah pekerja lelaki lebih tinggi daripada pekerja perempuan. Bilangan pekerja lelaki lebih banyak daripada pekerja perempuan yang bekerja sebagai pengurus menyebabkan tingkat upah purata pekerja lelaki lebih tinggi daripada pekerja perempuan. Selain itu, bilangan pekerja lelaki adalah lebih tinggi daripada pekerja perempuan mengikut semua tahap pendidikan seperti tidak ada pendidikan rasmi, rendah, menengah dan tertiari. Bilangan pekerja lelaki yang tidak ada pendidikan rasmi ialah seramai 146,800 orang dan pekerja perempuan ialah seramai 49,900 orang. Bilangan pekerja lelaki yang menamatkan sekolah rendah ialah seramai 978,000 orang dan pekerja perempuan ialah seramai 273,600 orang.
Seterusnya, menurut laporan penyiasatan gaji dan upah Malaysia 2012 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga  pada tahun 2012, dari segi kategori mengikut kaum juga, jumlah bilangan tenaga buruh lelaki mengikut kaum di Malaysia juga lebih tinggi daripada tenaga buruh perempuan. Tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Malayu, Cina dan India menghadapi keadaan purata tingkat upah pekerja lelaki adalah lebih tinggi daripada pekerja perempuan. Bagi kaum Melayu, bilangan pekerja lelaki adalah seramai 2,523,000 orang dan melebihi pekerja perempuan iaitu seramai 1,641,200 orang. Bagi kaum Cina, bilangan pekerja lelaki ialah seramai 1,214,900 orang dan melebihi pekerja perempuan iaitu sebanyak 848,300 orang. Dalam pelbagai bidang dan perspektif menunjukkan pekerja lelaki melebihi pekerja perempuan. Oleh itu, pekerja yang melebihi itu akan menyebabkan tingkat upah purata lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Mengikut maklumat di atas, pengkaji dapat menunjukkan diskriminasi majikan berlaku pada tahun 2012. Hal ini disebabkan oleh tenaga buruh lelaki dianggap mempunyai lebih kebolehan dalam pekerjaan berbanding dengan perempuan seperti lelaki lebih sesuai menjadi pengurus kerana mempunyai kepimpinan. Dalam bidang pertanian dan kemahiran juga menggunakan tenaga buruh lelaki secara meluas kerana mempunyai fizikal yang kuat. Ini menyebabkan majikan lebih suka menggunakan tenaga buruh lelaki.     
Selain itu, menurut laporan penyiasatan gaji dan upah Malaysia 2012 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Bagi bilangan tenaga buruh lelaki di bandar dan luar bandar adalah lebih daripada tenaga buruh perempuan. Bilangan tenaga buruh lelaki di bandar seramai 4,382,000 orang manakala tenaga buruh perempuan seramai 2,613,900 orang. Pekerja lelaki di luar bandar pula seramai 1,429,100 orang dan pekerja perempuan seramai 663,600 orang. Ini merupakan salah satu faktor menyebabkan tingkat upah purata lelaki lebih tinggi daripada perempuan.
            Pada tahun 2013, tingkat upah purata mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM 155 bersamaan 5.95% menjadi RM2048 dan tingkat upah perempuan adalah RM 1977. Tingkat upah purata lelaki melebihi perempuan sebanyak RM 71. Menurut laman web www.usahawan.com yang menerangkan situasi diskriminasi majikan pada tahun 2013. Hal ini kerana kebanyakan pekerja lelaki berpendapat bahawa peranan utama wanita hanyalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Lelaki pula merasakan diri mereka lebih maskulin dan perlu diberi tanggungjawab besar dalam mencari rezeki bagi menyara keluarganya. Selain itu, kepercayaan segelintir bos bahawa fokus utama wanita akan berubah apabila mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak. Seterusnya, seringkali wanita tersebut dianggap akan memilih keluarga berbanding kerjaya. Sifat wanita itu sendiri yang tidak agresif seperti lelaki, menyebabkan ada bos menganggap mereka tidak boleh memberi tugasan yang sukar atau terlalu memberi kepercayaan untuk pekerja wanita melakukan kerja-kerja yang berat. Di samping itu, kebanyakan pengasas atau pemimpin organisasi adalah lelaki, maka budaya organisasi dilihat lebih condong kepada pekerja lelaki. Tanggapan majikan begitu akan menyebabkan keadaan diskriminasi majikan semakin serius dan juga mungkin akan menyebabkan idea tersebut tersebar secara meluas ke majikan yang lain.
Menurut Laman web myadha.blogspot.my menerangkan isu gaji lelaki dan wanita oleh Mohd Adha Mohd Zain pada 25 Desember 2013. Hal ini disebabkan oleh firma besar di Malaysia membayar gaji pekerja lelaki pada purata 27 peratus lebih tinggi daripada wanita, manakala firma yang lebih kecil dalam bidang sama menawarkan gaji yang sama.
            Pada tahun 2014, purata tingkat upah mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM 184 bersamaan 8.98% menjadi RM 2232 dan tingkat upah perempuan adalah RM 2125. Purata tingkat upah lelaki melebihi perempuan sebanyak RM 107. Menurut Laporan Tahunan 2014 menunjukkan perkembangan ekonomi yang paling pesat adalah pada tahun 2014. Oleh itu, apabila KDNK Malaysia meningkat, tingkat upah masyarakat juga akan meningkat. Kebanyakan tenaga buruh adalah lelaki menyebabkan kebanyakan tenaga buruh yang menikmati peningkatan tingkat upah adalah lelaki.
            Pada tahun 2015, purata tingkat upah mengikut lelaki di Malaysia telah meningkat sebanyak RM113 bersamaan 5.06% menjadi RM2345 dan tingkat upah perempuan adalah            RM 2254, Purata tingkat upah lelaki melebihi perempuan sebanyak RM 91.
Diskriminasi majikan mungkin wujud kerana purata tingkat upah lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan dari tahun 2011 hingga 2015.
           
           
                       
           




6.0 Cadangan
            Berdasarkan data perbandingan tingkat upah purata pekerja antara jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015, didapati bahawa tingkat upah purata lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan.
            Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia perlu menyebarkan maklumat kepada tenaga buruh perempuan tentang jabatan yang hendak dihubungi apabila menghadapi masalah diskriminasi majikan. Pihak jabatan tersebut boleh mengetahui majikan yang telah melakukan kesalahan diskriminasi majikan dan terus menjalankan penyelidikan. Ini membolehkan tenaga buruh wanita menyelesaikan masalah diskriminasi dan bekerja dengan puas hati.
Pihak kerajaan meningkatkan hukuman yang lebih berat ke atas majikan yang melakukan kesalahan di tempat pekerjaan seperti meningkatkan nilai saman yang diberi kepada pihak majikan yang melakukan diskriminasi majikan. Akibatnya, majikan akan memberi perhatian supaya tidak melakukan diskriminasi majikan kerana saman tersebut akan merugikan majikannya. Tindakan kerajaan tersebut dapat mengurangkan masalah diskriminasi majikan.











7.0 Rumusan
            Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian mengenai tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015. Bagi arah aliran tingkat upah purata mengikut lelaki dan perempuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015 menunjukkan peningkatan secara berterusan tetapi tingkat upah purata lelaki adalah sentiasa lebih tinggi daripada perempuan dari tahun 2011 hingga 2015. Tingkat upah purata mengikut lelaki dan perempuan menunjukkan peratus peningkatan tingkat upah purata yang paling tinggi pada tahun 2014 .Tingkat upah purata mengikut lelaki dan perempuan juga didapati peratus peningkatan tingkat upah purata yang paling rendah pada tahun 2012. Perbezaan tingkat upah purata mengikut jantina di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2015 yang paling besar adalah pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM107. Peratus peningkatan tingkat upah purata lelaki hanya lebih tinggi daripada perempuan pada tahun 2014. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh diskriminasi majikan. Oleh it, tindakan mesti diambil oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku supaya boleh mengimbangkan tingkat upah purata yang diterima oleh lelaki dan perempuan.












8.0 Rujukan
8.1 Internet
1) Fathin Athirah Hasli (2015) Hapus discriminasi gaji mengikut jantina . Dicapai pada Januari 1, 2015 , dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/hapus-diskriminasi-gaji-mengikut-jantina-1.348358
2) Ismail Abd Muttalib (2017) Akta Buruh akan Dikaji Elak Diskriminasi Wanita. Dicapai pada Mac 27, 2017, dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/27/diskriminasi-wanita-mengandung/
3) Fiziesss (2012) Permohonan Program Latihan Dalam Industri Petronas 2012. Dicapai pada Mei 1, 2012, dari https://www.xpresi.org/permohonan-program-latihan-dalam-industri-petronas-2012/
4) Rizal Ation (2013) Pengambilan Inspektor 2013. Dicapai pada Oktober 30, 2013, dari http://jkm-jawatankosongmalaysia.blogspot.my/2013/10
5) Usahawan.com (2013) Mengapa Wanita Sering Menjadi Mangsa Diskriminasi di Tempat Kerja. Dicapai pada Ogos 25, 2013, dari http://www.usahawan.com/umum/diskriminasi-terhadap-wanita-dalam-kerjaya.html/
6) Wirdaselangor (2012) Wirda Selangor & Kuala Lumpur. Dicapai pada Januari 12, 2012, dari https://wirdaselangor.wordpress.com/category/program-bersama-ngo-kerajaan/
7) Mohd Adha Mohd Zain (2013) Isu Gaji Lelaki dan Wanita. Dicapai pada Desember 25, 2013, dari http://myadha.blogspot.my/2013/12/isu-gaji-lelaki-dan-wanita.html
8.2 Jurnal
1) Noorazeela Zainol Abidin. “Pengasingan Pekerjaan dan Perbezaan Upah Jantina di Malaysia”. Dlm.  Jurnal Ekonomi Malaysia .hlm .1-6, 2012
8.3 Laporan
1) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, 2014. Laporan Diskriminasi Pekerja Wanita 2011. Kuala Lumpur Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
2) Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2015. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia
3) Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012. Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah Malaysia 2012. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia
4) Bank Negara Malaysia, 2014. Laporan Tahunan 2014. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia Jabatan Negara Amerika Syarikat, 2013. Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2013. Kuala Lumpur: Jabatan Negara Amerika Syarikat
8.4 Buku
1) Lai Mooi Chang, 2016.Sasbadi Teks STPM Ekonomi Penggal 3 Edisi Kemas Kini. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd
2) Yip Seiw Lang dan Ishak Ismail, 2015. Nota dan Latihan STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3. Selangor: Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd

















Lampiran

Comments